Posted by: mykhazanah | January 25, 2010

UNIT 2 : KONSEP-KONSEP ASAS MORAL

OBJEKTIF AM:
Memahami konsep, teori dan perbezaan di antara moral dan etika

OBJEKTIF KHUSUS:
Di akhir unit ini anda dapat :
menyenaraikan kepentingan Moral dan Etika
membezakan di antara konsep nilai Baik, Benar dan Patut.
membezakan di antara Teori Moral dan Pemikiran Moral.
mencetuskan idea berkaitan dengan agama yang dianuti.

2.0. PENGENALAN
Konsep-konsep asas moral adalah merupakan asas pemahaman kepada pendidikan moral. Dengan memahami konsep-konsep ini, pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian.

Konsep- konsep asas moral meliputi topik-topik berikut :
1.Perbezaan antara etika dan moral.
2.Konsep Akhlak, Kemoralan, Pendidikan Moral, Agama / Kepercayaan
3.Konsep nilai ‘baik’, ‘benar’ dan ‘patut’
4.Teori-teori Moral
5.Pemikiran Moral

2.1. PERBEZAAN ANTARA ETIKA DAN MORAL

Moral berasal dari perkataan Latin iaitu ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila dan peraturan sesebuah masyarakat. Etika didefinisikan sebagai :

a.Sains moral yang mengkaji mengenai nilai-nilai moral yang terdapat di dalam masyarakat sama ada baik atau buruk
b.Perkataan etika berasal daripada Greek ‘ethos’ bermaksud satu cara hidup
c.Satu susunan peraturan tingkahlaku untuk melicinkan perjalanan sesuatu pentadbiran atau pengurusan seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan lain-lain.

Etika pada amnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu etika deskriptif/metaetika dan etika normatif.

Sejarah etika dibahagikan kepada :

a. Etika Para Rasul
b. Etika Hindu
c. Etika Buddha
d. Etika Kung Fu Tze
e. Etika Greek Kuno
f. Etika Ulama Islam

2.2. KONSEP AKHLAK, KEMORALAN, PENDIDIKAN MORAL, AGAMA / KEPERCAYAAN

2.2.1. Konsep akhlak

Dalam bahasa Arab bermaksud budi pekerti seseorang individu. Ia merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang itu.Istilah akhlak tidak membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk. Ia hanya membawa maksud kelakuan sahaja.Sebaliknya istilah moral sentiasa dikaitkan dengan tingkahlaku yang sesuai dengan peraturan masyarakat.

2.2.2. Konsep kemoralan

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu.Dorothy Emmet(1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang.

2.2.3. Konsep Pendidikan Moral

Pendidikan moral merupakan mata pelajaran yang menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan.Tumpuan khusus akan diberikan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia, sejajar dengan nilai murni sarwajagat. Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai ini akan menyumbang kearah pembentukan insan yang mulia dan bertanggung jawab selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Masyarakat yang berilmu, bertatasusila, berbudi dan penyayang akan memenuhi hasrat negara bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan kondusif.

2.2.4. Konsep agama / kepercayaan

Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitab-kitab suci agama masing-masing. Allan Harris berkata bahawa agama mempunyai sejarah, cara hidup, nilai peraturan, psikologi kepercayaan dan hukum-hukum yang perlu dipatuhi oleh pengikutnya. Ia juga mempunyai pengasas atau penyuruh yang agung serta masyhur.

2.3. KONSEP NILAI ‘BAIK’, ‘BENAR’ DAN ‘PATUT’

2.3.1. Konsep Baik

Menurut kamus pelajar baru perkataan baik membawa memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Huraian baik di atas menunjukkan kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Sebenarnya idea baik itu boleh memberi makna yang berbeza mengikut situasi atau konteks tertentu seperti :

a)baik dalam konteks pemilihan
b)baik dalam konteks nasihat
c)baik sebab memuji dan bersetuju
d)baik kerana menghargai
e)baik dalam hukuman dan nilaian serta tafsiran
f)baik disifatkan kerana kecekapan

2.3.2. Konsep Benar

Menurut Kant, sesuatu tingkahlaku itu adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah sekiranya ia bertentangan. Bagi G.E Moore(ahli falsafah Inggeris) sama ada sesuatu pelakuan dilabel benar atau salah adalah bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Mengikut pandangan beliau hanya keseronokan mempunyai kebaikan instrinsik.

2.3.3. Konsep Patut

Dalam etika , patut digunakan dalam tiga aspek yang berlainan. Cuba lihat pada situasi-situasi berikut :

1.‘Tindakan patut kita dilakukan’ bermakna seharusnya dipilih setelah menimbangkan semua perkara atau tindakan alternative lain. Tetapi tindakan tersebut perlu diberitahu oleh seorang individu yang mengetahui segala-galanya.
2.Dalam bidang falsafah dan perbincangan biasa, istilah patut juga digunakan untuk membawa maksud ‘jangan melakukan sesuatu yang seseorang itu patut…’. Ini bermakna dia patut membuat sesuatu yang salah, iaitu apa yang dia patut ‘jangan lakukan’.
3.Perhatikan lagi penggunaan patut di dalam ayat berikut : ‘Tindakan yang patut saya lakukan’. Ia bermakna satu tindakan yang digemari oleh saya walaupun ia mungkin bukan tindakan yang unggul.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: